Thursday 26 May 2011

Majlis Pernikahan Neitu & Keiry : 13 Mei 2011

Pada 13 Mei 2011 saya sempat merakam detik-detik bersejarah adik ofismate saya saat diijabkabulkan di Kampung Kijal, Kemaman Terengganu. Ni 1st time shoot pic kawin, jadi semuanya masih x sempurna.. Dan pic saya memang jauh beza dgn Photo-G yang pro.. Saya cumalah, budak baru belajar, kalo salah tlg tunjukkan. Lagi pun saya hanya menggunakan gadget2 basic y memang dah sedia ada. Insyallah, gadget2 akan diupgrade dari masa ke semasa. Jom layan pic bakal pengantin yang saya capture di hari bersejarah tersebut. Kali ni kita layan pic pengantin berposing dulu yer:-)

SAAT DI IJABKABUL





ACARA BERPOSING










PHOTOSHOOT DENGAN PAYUNG














POSE DALAM BILIK BERSAMA BUNGA












TO BE CONTINUED

Monday 23 May 2011

Bunga Raya : Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya... Salah satu bunga yang sangat cantik untuk dijadikan tanaman di halaman rumah. Dibawah adalah salah satu spesies bunga raya yang di tanam di halaman rumah saya.






Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.


Wednesday 18 May 2011

PHOTOSHOOT : KAMPUNG PENUNJUK, KIJAL

Saje suka-suka ambik gambar ofismate saya ni. Time ni majlis kahwin adik dia pada 13.5.2011.. Baru je balik dari pantai, bawak pengantin b'outdoor photoshoot. Sampai je kat rumah dia. Tgk kat belakan rumah kawan saya ni permandangan sgt cun. Dengan pokok kelapanya y tinggi melambai dan dikelilingi lalang2 yang menghijau. Cun jer bila dalam gambar.

Jom layan aksi posing Jasma  AKA my offismate ni.











Amacam??? Cun banyak tak??? Ok la kalo sekadar suka-suka jer.. Nak ambik pic secara pro, belum ada bakat lagi..