Friday, 6 May 2011

Bunga Orkid

Antara spesis bunga orkid yang terdapat dihalaman rumah saya. 
Tapi saya tak tahu orkid ni spesis apa. Apa-apapun ianya tetap indah & cantik untuk dijadikan salah satu tumbuhan lanskap di laman rumah.




Bagaimanakah cara penyediaan orkid?
Persekitaraan adalah faktor yang penting dalam penanaman orkid. Apabila kita mengetahui spesies orkid yang telah kita beli, kita hendaklah perlu mengambil tahu persekitaraan yang sesuai samada untuk diletakkan di dalam rumah atau di luar rumah. Jika anda mempunyai banyak tanaman pokok yang diletakkan pada tempat yang teduh, maka anda boleh meletakkan pokok orkid anda di tempat yang mempunyai ruang teduh yang banyak.

Apakah ciri-ciri pokok orkid?

Terdapat dua ciri pertumbuhan orkid

a)      Monopodial
-         Mempunyai satu batang dan tumbuh tinggi.
-         Apabila berbunga, tangkalnya akan keluar di antara daun.
-         Contoh: Orkid Mokara, Orkid Vanda & Phalaenopsis

b)      Simpodial
-         Mempunyai rizom ( batang tumbuh rapat di permukaan pasu)
-         Pucuk-pucuk baru akan tumbuh pada bahagian ini.
-         Tangkai bunga akan keluar di penghujung pucuk.
-         Selepas orkid berbunga, pucuk baru akan tumbuh.
-         Contoh: Orkid Catteleya, Orkid Oncidium, Orkid Dendrobium 

Sumber :

1 comment:

  1. cantik & menarik...jom kongsi pengalaman...

    ReplyDelete